Mulakan dengan WhatsApp
Tanya dahulu.
Mohon apabila anda bersedia.
Tidak pasti kapasiti atau bajet yang sesuai? Anda tidak perlu isi borang panjang untuk memulakan pertanyaan.
Tiga langkah permohonan
01 · Tanya dahulu
WhatsApp produk pilihan, lokasi dan anggaran saiz bilik. Kami bantu semak pilihan serta liputan.
02 · Semak & mohon
Fahami jadual bayaran dan kos. Jika mahu teruskan, kami akan bantu terangkan dokumen serta proses permohonan. Pihak pembiayaan membuat semakan dan pengesahan.
03 · Atur pemasangan
Selepas lulus dan urusan perjanjian selesai, pihak pemasangan menghubungi anda untuk menetapkan tarikh yang sesuai.
Apa yang perlu anda sediakan?
Untuk pertanyaan awal: produk pilihan, lokasi pemasangan, anggaran saiz bilik dan bilangan unit.
Untuk permohonan: gambar IC bahagian depan. Slip gaji, penyata bank, bil utiliti atau dokumen tambahan mungkin diminta selepas semakan. Kami akan terangkan keperluan dan saluran penghantaran terlebih dahulu.
Pihak pembiayaan akan menghubungi pemohon untuk pengesahan. Pastikan nombor telefon boleh dihubungi. Tiada jaminan kelulusan; masa pemprosesan bergantung pada kelengkapan serta pengesahan dokumen.
Sebelum anda tandatangan
Pastikan anda memahami bayaran 60 bulan, fi pemprosesan RM50 (hanya selepas kelulusan), bayaran pertama, deposit jika berkenaan, skop pemasangan, servis, waranti serta terma penamatan atau pemindahan. Boleh terus tanya saya sekiranya anda perlukan maklumat lanjut.
Pemegang IC merah dan MyKAS tidak layak menurut FAQ program. Kelayakan lain dan liputan lokasi perlu disahkan semasa pertanyaan.
Ada soalan? Mulakan dengan perbualan.
Beritahu kami produk yang anda minati dan lokasi pemasangan. Kami bantu terangkan pilihan serta langkah seterusnya.
Hubungi kami di WhatsApp ↗01156248290 · Kami sedia bantu anda pilih pakej yang sesuai.